Wang bantuan untuk bayar hutang, baiki kenderaan

Wang bantuan untuk bayar hutang, baiki kenderaan

Penduduk Taman Alam Indah Seksyen 33 di sini, bersyukur apabila mula me­nerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) selepas lebih sebulan menunggu.

Pengerusi Rukun Tetangga (KRT) Taman Alam Indah, Shamsudin Said, 45, berkata, setakat ini seramai 102 orang daripada Seksyen 33 yang sudah menerima bantuan itu semalam.

“Alhamdulillah, wakil Majlis Bandaraya Shah Alam dan Ke­tua Penghulu Daerah Klang telah hadir semalam (kelmarin) dan memaklumkan akan menyegerakan bantuan secara berperingkat.

“Pada sebelah petang, ­lebih 100 orang menerima mesej ­khidmat pesanan ringkas supaya hadir pada majlis penyerahan bantuan,” katanya.

Seorang penduduk, Mohd. Khairie Deraman, 36, gembira apabila namanya telah terpilih untuk menerima bantuan itu.

“Alhamdulillah, duit ini saya nak buat baiki kereta setelah lebih sebulan tidak mempunyai kenderaan. Selain itu, saya akan beli barang keperluan rumah dan barangan bayi,” katanya.

Sementara itu, Mahiadin Bahrin, 64, berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan keadaan penduduk yang terjejas.

“Terima kasih kepada pihak KRT dan agensi kerajaan kerana prihatin dan komited. Saya akan menyelesaikan hutang dan pinjaman dengan kawan-kawan.

“Selain itu, saya akan membaiki mesin-mesin serta beberapa kenderaan supaya isteri dapat kembali berniaga untuk mencari pendapatan tambahan dan belanja sekolah anak,” ujarnya.

Bagi Rohaizad Aman, 47, dia berhasrat menyimpan duit bantuan sebagai persediaan menghadapi bencana pada masa hadapan.

“Buat masa ini, saya mahu simpan duit bantuan untuk hal-hal kecemasan pada masa hadapan sebab saya takut kami ditimpa bencana lagi nanti,” jelasnya. K Online

Wang bantuan untuk bayar hutang, baiki kenderaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker