Pakar bom kumpulan Abu Sayaf disahkan masih hidup

Pakar bom kumpulan Abu Sayaf disahkan masih hidup

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan individu yang dikehendaki selepas disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG), Mudzrimar Mundi Sawadjaan masih hidup.

Komander ESSCOM, Hamzah Ahmad berkata, status Mudzrimar yang sebelum ini dilaporkan mati dalam insiden pada Mei tahun lalu kekal dalam senarai individu dikehendaki.

“Melalui perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM), Mudzrimar disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021.

“Sehubungan itu, suspek kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan culik untuk tebusan (KFR) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, ESSCOM mengeluarkan senarai terkini 20 individu dikehendaki pasukan keselamatan termasuk lima suspek baharu bagi membantu siasatan dalam kes jenayah rentas sempadan dan KFR.

Lima suspek baharu itu termasuk Mudzrimar yang merupakan anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub leader dalam Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan mempunyai kepakaran membuat bom serta perancang letupan bagi insiden di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo, Filipina pada 24 Ogos 2020.

Individu lain yang berada dalam senarai dikehendaki ESSCOM ialah Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah, Madjid Said @ Ammah Pattit. FMT

Pakar bom kumpulan Abu Sayaf disahkan masih hidup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker