Penolakan Orang Melayu terhadap UMNO akan berlanjutan di PRK Pulai – MKT

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menjangkakan berlaku protes dalam kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan perpaduan pada PRK Parlimen Pulai akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata “tunjuk perasaan” itu berkait keadaan ekonomi semasa selain penyokong parti menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umno Pulai itu bagaimanapun percaya peralihan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) tidak akan sebesar “gelombang” di Kedah, Kelantan, dan Terengganu baru-baru ini.



“Gelombang di Kedah, Kelantan, dan Terengganu itu mereka betul-betul keluar mengundi untuk PAS jadi kerajaan tetapi di Johor ia protes terhadap pelbagai isu,” katanya kepada FMT.

“Saya tak nampak ‘gelombang’ tetapi saya nampak protes seperti di Selangor dan Negeri Sembilan tetapi ia tidak cukup untuk mengambil kerusi Pulai.”

Daripada seramai 166,653 pengundi berdaftar di Parlimen Pulai, pengundi Melayu membentuk sekitar 44% pemilih. Pada PRU15, PH menambah majoriti undi yang diperoleh pada pilihan raya sebelum itu, daripada 28,924 kepada 33,174 undi, untuk menewaskan Jazlan dan pencabar daripada PN.

Jazlan berkata, kebimbangan terhadap protes daripada segmen pengundi Melayu itu boleh diimbangi dengan sokongan pengundi Cina dan India, yang masing-masing membentuk 41% dan 12% pemilih.



Katanya, justeru kesan protes pengundi Melayu di Pulai sukar dijangka.

“Pengundi bukan Melayu merupakan majoriti jadi mereka kena keluar untuk imbangkan balik undi Melayu yang tidak puas hati.

“Orang Johor juga tidak gemarkan PAS, dan dalam kalangan orang Melayu juga tidak ramai penyokong PH,” tambahnya.

Pandangan ini di sebalik dakwaan bahawa kerajaan perpaduan berdepan ketidakpuasan hati komuniti India, yang menyebabkan tidak ramai pengundi mereka keluar mengundi pada PRN 12 Ogos lalu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker