[VIDEO] Gadis Iran Dipenjara 10 Tahun Gara2 Solek Dan Sunting Diri Seperti Zombi Angelina Jolie

Seorang influencer Iran yang digelar zombi Angelina Jolie telah dihukum penjara di Iran kerana kegiatannya di Instagram yang dikatakan salah di sisi undang-undang Iran.

Dikenal sebagai Sahar Tabar di media sosial, pemilik nama sebenar Fatemeh Khishvand yang berusia 19 tahun akan menjalani hukuman 10 tahun penjara kerana mempromosikan ‘kerosakan awam’.

Sebelum akaunnya dipadamkan, Khishvand telah mengumpulkan 486,000 pengikutnya setelah kerap memuat naik gambar wajahnya yang menyeramkan.

Walaupun banyak komen di bawah gambar-gambarnya ingin tahu di mana dia melakukan pembedahan plastik, Khishvand menegaskan bahawa penampilannya seperti zombi itu adalah hasil solekan dan Photoshop.

Influencer Iran itu pertama kali ditangkap tahun lepas atas tuduhan tindakan menghina, menghasut keganasan, memperoleh pendapatan dengan cara yang tidak bermoral dan merosakkan golongan muda.

Hukumannya dikongsi di Twitter oleh seorang wartawan Iran, Masih Alinejad, yang berkata bahawa gadis itu baru berusia 19 untuk mendapat hukuman 10 tahun penjara hanya kerana bersolek dan menggunakan Photoshop. Ibunya juga menangis setiap hari untuk membebaskan anak perempuannya yang tidak bersalah.

Dia turut menyeru aktivis kemanusian, Angelina Jolie berkongsikan suaranya untuk membebaskan gadis tersebut.

Ketika ditemubual sebelum ini, Khishvand mendakwa setiap kali dia berkongsikan gambar, dia akan melukis wajahnya dengan cara yang lucu dan itu adalah cara dia mengekspresikan kreativiti dirinya melalui seni.

Kredit: HCL

Iran keluarkan waran tangkap terhadap Trump

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker