Kereta mangsa dirosakkan selepas dituduh curi telefon bimbit

Tangkap layar kejadian rusuhan membabitkan sekumpulan individu termasuk penghantar makanan di kawasan Station 18 dekat Ipoh, semalam. /FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di hadapan sebuah restoran di Station 18 dekat sini yang tular dalam media sosial, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis mengesan satu hantaran dalam media sosial berkaitan pergaduhan yang berlaku di kawasan Station 18 di mana laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat pada pukul 11.51 malam, semalam.

“Siasatan mendapati insiden itu melibatkan seorang lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit menyebabkan mangsa dikejar sekumpulan penunggang motosikal sehingga kereta dipandu mangsa melanggar sebuah kenderaan lain, sebelum berlaku rusuhan oleh sekumpulan individu termasuk penghantar makanan.

“Kenderaan mangsa telah dirosakkan dengan menggunakan kerusi dan kon plastik serta batu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, punca kejadian akibat salah faham dan kecurian telefon bimbit oleh mangsa yang tidak dapat dibuktikan.

“Ekoran kejadian itu, kita telah menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular dalam media sosial yang memaparkan sekumpulan individu bertindak agresif dengan mengejar dan mengepung sebuah kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki.

Kereta mangsa dirosakkan selepas dituduh curi telefon bimbit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker