Kanak-kanak ketagih pornografi, ini adalah kesannya..

SHAH ALAM – Golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perlakuan itu termasuklah pornografi.

Pengerusi Pertubuhan Salwa Malaysia (Salwa), Profesor Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, menonton pornografi di usia muda akan mengubah minda dan memberi impak pada corak pemikiran kanak-kanak.

Menurutnya, ia dibuktikan dengan kajian yang dilaksanakan universiti di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa menonton pornografi boleh mengubah satu bahagian pada otak yang disebut ‘grey matter’ hingga menyebabkan ketagihan.

“Apabila dicemari dengan bahan pornografi, ia memang akan beri kesan kepada tingkah laku dan mereka akan menjadi ketagih, tambah pula kanak-kanak yang masih mentah ini tidak tahu membezakan mana baik mana buruk.

“Mereka tidak tahu bahawa perkara tersebut adalah perlakuan yang tidak baik dan akan memberi impak besar kepada sesiapa sahaja yang menonton.

“Kemungkinan besar mereka akan menganggap perkara ini normal dan timbul rasa ingin mencuba aksi yang dipaparkan dalam video berkenaan,” katanya.

Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, kesan ketagihan pornografi boleh membawa kepada keganasan dalam kalangan kanak-kanak kerana lebih 80 peratus kandungan pornografi mengandungi adegan ganas, agresif dan berkaitan dengan hubungan seks.

Jelasnya, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini sebenarnya turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak yang menonton pornografi.

“Mereka lebih kerap menggunakan gajet untuk tujuan PdPR, jadi ini lebih memudahkan capaian tersebut kerana ibu bapa juga kadang kala sukar untuk mengawal atau mengehadkan masa penggunaan gajet.

“Kalau dulu, lebih mudah untuk ibu bapa mengehadkan tempoh penggunaan gajet untuk anak-anak kerana tidak ada keperluan penting untuk mereka mempunyai telefon pintar.

“Tetapi apabila belajar secara dalam talian ini, ia sudah menjadi satu keperluan untuk menggunakannya, jadi mereka lebih mudah terdedah disebabkan penggunaannya yang lebih kerap,” ujarnya.

Kanak-kanak ketagih pornografi, ini adalah kesannya..


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker