Ayda Jebat, Nabil Mahir beli banglo 3 tingkat sempena ulang tahun perkahwinan pertama

Ayda Jebat, Nabil Mahir beli banglo 3 tingkat sempena ulang tahun perkahwinan pertama

PASANGAN selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi bahawa mereka membeli sebuah kediaman tiga tingkat bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang pertama.

Menerusi hantaran di Instagram Ayda, dia turut memaklumkan rumah tersebut dibeli daripada hasil titik peluh mereka bekerja tanpa lelah.



“Hadiah ulang tahun sampai lambat, tapi rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah… semua hasil kerja keras, pengorbanan, malam tanpa tidur, perjuangan dan kejatuhan akhirnya terbalas.

“Kerja siang malam ke pagi sampai tak mampu nak buka mata dah. Tapi muka tetap senyum depan kamera, yang tau je tau haha!

“Tahniah kepada Nabil dan saya. Rezeki bayi juga. Sekarang, mari sibuk untuk rumah baru kita,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati itu.

Dalam pada itu, Ayda turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah oleh kerana rezeki yang melimpah kepadanya.



“Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah datang bertubi-tubi lepas mendirikan rumah tangga. Sesuai dengan kerja keras kami berdua selama ini. Selain itu, kami lihat ia merupakan rezeki anak kami, Ana Nayla.

“Semua dipermudahkan berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan dan juga peminat yang sentiasa menyokong. Syukur kepada Allah dengan rezeki yang dilimpahkan,” ujar Ayda menerusi laporan Gempak.

Buat info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021. Utv

Ayda Jebat, Nabil Mahir beli banglo 3 tingkat sempena ulang tahun perkahwinan pertama




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker