Kanada akan hantar tentera bantu pasukan Ukraine

Kanada akan hantar tentera bantu pasukan Ukraine

TORONTO – Kanada akan mengerahkan hingga 400 anggotanya bagi membantu pasukan tentera Ukraine dan 60 daripadanya akan dihantar dalam tempoh beberapa hari akan datang, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anand sebagai berkata ketika sidang akhbar bersama, Perdana Menteri Justin Trudeau.

“Hari ini, kami berbesar hati mengumumkan lanjutan dan peluasan Operasi Unifier. Dengan kira-kira AS$340 juta kami akan meningkatkan kapasiti misi latihan kami di Ukraine, menempatkan hingga 400 anggota tentera Kanada dan 60 daripada mereka dihantar dalam beberapa hari akan datang,” kata Anand pada Rabu.

Pasukan ketenteraan Kanada menyediakan latihan seperti taktik, pelupusan bahan letupan buatan, tembak hendap, tinjauan dan perubatan, tambah Anand.

Trudeau menjelaskan, Kanada melanjutkan operasi selama tiga tahun lagi dan menggandakan bilangan tenteranya di Ukraine daripada 200 kepada 400.

Operasi itu tertumpu di bahagian barat Ukraine di mana risiko terhadap tenteranya paling rendah dan mereka boleh menumpukan sepenuhnya kepada latihan dan misi sokongan, kata Trudeau.

Keselamatan warganegaranya kekal menjadi keutamaan dan sekiranya berlaku pencerobohan pihak Rusia, kerajaan akan memastikan anggota tentera kekal selamat, kata Trudeau.

Menteri Luar Melanie Joly berkata, rakan sejawatannya dari Ukraine Dmytro Kuleba telah meminta Kanada melanjutkan Operasi Unifer. MG

Kanada akan hantar tentera bantu pasukan Ukraine


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker