Mursyidul Am PAS nasihat pemimpin PAS dan UMNO henti ‘serang-menyerang’



KUALA LUMPUR – Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menggesa kepimpinan Pas dan UMNO supaya menghentikan tindakan ‘serang-menyerang’ di antara satu sama lain menggunakan platform media.

Beliau yang kesal dengan insiden itu menegaskan, sekiranya ada dalam kalangan pemimpin bawahan atau ahli yang ‘menyerang’ rakan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), itu hanya merupakan pandangan peribadi individu terbabit.

Sebaliknya, Hashim menegaskan pendirian kepimpinan bawahan dalam Pas bukan merupakan suara mewakili parti.

“Itu bukan pendirian parti (Pas), tak perlu diperbesar-besarkan dalam media. Lainlah kalau yang bercakap itu Presiden, Timbalan Presiden atau Ketua Penerangan.

“Benda-benda yang kecil sebegini sepatutnya dielakkan daripada bertembung sesama sendiri,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden ‘serang-menyerang’ segelintir pemimpin Pas yang cuba mengingkari arahan parti dengan menggunakan platform media sebagai medan mencetuskan perbalahan sesama rakan dalam MN dan PN, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Pada Rabu, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik mengeluarkan kenyataan menganggap UMNO kini sangat ghairah untuk kembali berkuasa secara bersendirian walaupun sebelum ini mereka berada dalam kelompok yang saling membantu melalui MN.

Mokhtar mendakwa UMNO mengabaikan hakikat kemenangan parti itu dalam beberapa PRK sebelum ini adalah hasil sokongan Pas.

Mokhtar
Mokhtar

 

Kenyataan Mokhtar itu kemudiannya mendapat reaksi kurang senang UMNO dengan Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan menjelaskan semua ahli UMNO pasti akan terasa dengan kata-kata Mokhtar selain menyukarkan usaha kerjasama di antara dua parti berkenaan.

Sebelum ini, Hashim mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti supaya tidak mengelak menjadikan media sebagai medium perantara bagi menyelesaikan krisis atau pertikaian sesama parti dalam MN dan PN.

Mengulas lanjut, Hashim yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perlis menegaskan pelaksanaan atau kejayaan untuk mewujudkan perpaduan ummah bukan disebabkan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya ia berlandaskan perintah ALLAH SWT.

Beliau sehingga kini bagaimanapun berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, namun tidak menafikan masih wujud perbezaan pendapat dalam kalangan tiga parti dominan Melayu Islam itu.

“Kita dapat mengurangkan tekanan adalah satu kejayaan berbanding dulu dan saya yakin kalau berlaku seperti di PRN Melaka, maka suasana harmoni iaitu tak serang-menyerang akan berlaku.

“Kita sudah bergerak ke arah perpaduan ummah, kita berada pada landasan yang betul,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mokhtar yang lantang bersuara menggunakan platform media sosial menafikan beliau menyerang atau memarahi UMNO sebelum ini.

Menurut Mokhtar, apa yang diperkatakannya sebelum ini dibuat dengan niat yang baik untuk kepentingan parti berkenaan, bukannya memperlekehkan mereka.

“Cuba perhatikan betul-betul, saya sebut ‘agar UMNO lebih baik’. Ini bermakna UMNO sudah baik, cuma ia perlu lebih baik.

“Kenyataan itu biasa saja, kerana sesiapa pun inginkan kepada suatu yang lebih baik,” katanya melalui laman Facebook peribadinya pada Khamis.

Mursyidul Am PAS nasihat pemimpin PAS dan UMNO henti ‘serang-menyerang’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia



Leave a Reply

Your email address will not be published.