PRNJohor: Bersatu cadang wujudkan jajajaran baharu lawan Umno/BN
PRNJohor: Bersatu cadang wujudkan jajajaran baharu lawan Umno/BN
Bersatu Johor Bahru mencadangkan supaya diwujudkan Muafakat Rakyat Johor (MRJ) yang menggabungkan Perikatan Nasional (PN) bersama semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH), Pejuang, MUDA dan Warisan untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli berkata, formula meletakkan PN, PH dan parti pembangkang di bawah satu panji adalah relevan dan dilihat terbaik.
“Selain penggunaan nama MRJ, kita juga boleh namakan gabungan Perikatan Nasional (PN), PH dan parti pembangkang ini sebagai Gabungan Rakyat Johor atau GRJ seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang digunakan dalam PRN Sabah.
“Formula gabungan PH sebelum ini berjaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Kemuafakatan dalam parti dan rakan seperjuangan adalah kunci kejayaan untuk menang dalam PRN Johor,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Katanya, parti yang menentang Barisan Nasional (BN) perlu berada di bawah satu panji.
“Jika tidak, sia-sia sahaja kerana kemenangan akan berpihak kepada Umno,” katanya.
Beliau berkata, pembangkang perlu membuktikan kepada rakyat Johor berhubung muafakat sesama parti berkenaan.
“Tidak mustahil muafakat ini dapat menumbangkan BN sekali lagi,” katanya. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
PRNJohor: Bersatu cadang wujudkan jajajaran baharu lawan Umno/BN
Baca Artikel Menarik :
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
You must be logged in to post a comment.