NASA dedahkan letupan gunung berapi Tonga 100 kali lebih kuat daripada bom atom [VIDEO]
NASA dedahkan letupan gunung berapi Tonga 100 kali lebih kuat daripada bom atom [VIDEO]
NUKUALOFA, Tonga – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa letusan gunung berapi di Tonga menyamai letupan 30 juta tan TNT atau 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, lapor laman berita Wion News semalam.
Apabila gunung berapi bawah laut di Pasifik Selatan, Hunga Tonga-Hunga Ha’apai meletus pada 15 Januari lalu, ia menghamburkan serpihan setinggi lebih 40 kilometer ke udara.
Letusan itu mencetuskan gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter yang mengakibatkan tsunami menghentam negara kepulauan itu di samping menutupinya dengan abu sekali gus menyebabkan Tonga terputus hubungan dengan dunia luar.
Letusan Hunga Tonga-Hunga Ha’apai mengakibatkan negara dengan sekitar 100,000 penduduk itu diliputi lapisan abu toksik yang meracuni air minuman, memusnahkan tanaman dan memusnahkan sama sekali dua perkampungan.
Menurut satelit Pemerhatian Bumi NASA, letusan itu juga menjana kuasa menyamai antara 5 hingga 30 megaton ( 5 juta hingga 30 juta tan) TNT. Sebagai perbandingan, bom atom yang meratakan Hiroshima pada Ogos 1945 menjana kuasa letupan sekitar 15 kiloton (15,000 tan) TNT.
Ukuran radar yang dilakukan sebelum dan selepas letusan kuat pada bulan lalu itu mendapati bahawa sebahagian kecil daripada dua pulau Tonga iaitu Hunga Tonga dan Hunga Ha’apai masih berada di atas gunung berapi itu.
Gunung St. Helens meletus dengan mengeluarkan kuasa 24 megaton pada 1980, manakala Krakatoa menghamburkan kuasa letusan 200 megaton pada 1883, demikian menurut saintis-saintis. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]