Ismail umum hadiah ulangtahun untuk semua tanah rancangan Felda

Ismail umum hadiah ulangtahun untuk semua tanah rancangan Felda

Semua 317 tanah rancangan kendalian Felda menerima peruntukan khas pembangunan berjumlah RM66,000 bersempena ulang tahun ke-66.

Peruntukan khas itu diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda 2022 di Padang Awam Felda Rentam, dekat Bera, Pahang, hari ini.



Dia berkata, peruntukan itu adalah bagi kerja naik taraf infrastruktur di kawasan tanah rancangan bagi memberi keselesaan kepada warga peneroka.

“Infrastruktur di kawasan Felda dilihat sebagai antara yang terbaik dan menjadi komuniti contoh luar bandar.

“Semua ini boleh dicapai melalui pelbagai dana dan inisiatif bagi menyediakan infrastruktur terbaik untuk warga Felda.

“Sempena ulang tahun penubuhan Felda ke-66 tahun ini, saya mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM66,000 bagi semua 317 tanah rancangan dengan jumlah keseluruhan RM21 juta,” katanya.



Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Felda, Idris Jusoh.

Bagi menyelesaikan isu projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang terbengkalai, Ismail berkata, setakat ini sebanyak 1,400 unit PGBF belum disiapkan dan akan dilaksanakan melalui inisiatif pembiayaan swasta.

“Kos bagi menyiapkan projek ini berjumlah RM204 juta dan pihak pemaju akan menanggung kos pembinaan tanpa memerlukan dana daripada pihak Felda.

“Projek rintis akan dilaksanakan di Felda Bukit Aping Timur dan Felda Pasak di Johor, serta Felda Chiku 5 di Gua Musang, Kelantan,” katanya.



Ismail turut mengumumkan peruntukan RM20 juta disediakan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memudahkan proses pembiayaan untuk pembinaan rumah dalam kalangan generasi baru Felda.

“Menerusi skim ini, mereka tidak perlu menyediakan cagaran untuk membuat pinjaman tertakluk sehingga dana ini habis dimanfaatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy ketika berucap dalam majlis sama merakamkan ucapan terima kasih kerajaan Pahang kepada pengurusan Felda kerana telah mula menjelaskan bayaran hutang kepada kerajaan negeri.

“Tuntutan ini adalah ekoran kerajaan Pahang meluluskan 683 permohonan pemberi milikan tanah kepada Felda meliputi kawasan seluas 3,927 hektar.



“Asalnya, tuntutan ini berjumlah RM86.3 juta, bagaimanapun selepas beberapa kali rayuan dikemukakan pihak pengurusan Felda, kita bersetuju mengurangkan sebanyak 30 peratus.

“Setakat ini, Felda sudah menjelaskan bayaran sebanyak RM28 juta dan baki hutang tertunggak berjumlah RM35.4 juta atas persetujuan bersama, kita harap boleh dilangsaikan sepenuhnya pada November ini,” katanya. Mk

Ismail umum hadiah ulangtahun untuk semua tanah rancangan Felda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker