Dap hilang punca, pemimpin Umno tidak pakai topi keledar dijadikan isu dalam Dewan.

Sejak kembali menjadi pembangkang di Dewan Rakyat nampaknya Dap semakin hilang punca.

Hari ini Anthony Loke terpaksa gunakan isu pemimpin Umno tidak pakai topi keledar ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Sejak Lim Guan Eng dituduh SPRM dan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan beliau meluluskan 101 projek rundingan terus, Dap terus menjadi hilang punca.

Pemimpin Umno tak pakai topi keledar, kata bekas menteri pengangkutan

Bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook hari ini berkata beliau mempunyai gambar pemimpin Umno termasuk bekas perdana menteri Najib Razak menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Katanya, Najib memakai songkok bukannya topi keledar ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

“Sebagai bekas perdana menteri, dia boleh berkempen, tiada masalah tapi pakailah topi keledar. Saya bimbang nanti dia jatuh dan kemalangan,” katanya di Dewan Rakyat ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, bertujuan untuk mengurangkan kes pemanduan secara melulu dalam kalangan rakyat.

Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mempertahankan Najib dengan mengatakan ketika itu Najib hanya mahu pergi ke masjid berhampiran.

“Jangan jadikan itu sebagai isu. Saya ada di situlah, mahu pergi solat Jumaat, dekat sahaja,” kata Azeez.

Loke, yang menunjukkan beberapa gambar sebagai bukti, turut mendakwa Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dan Annuar Musa (BN-Ketereh) turut menunggang motosikal tanpa topi keledar.

“Saya mahu beritahu gambar ini akan dihantar kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Saya sarankan penguatkuasa JPJ hantar saman kepada orang-orang ini. Jangan bagi muka,” katanya sambil menambah mereka tidak perlu bimbang kesannya kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah memaklumkan tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.

Loke juga menggesa kerajaan memastikan undang-undang diusulkan dalam RUU itu dikuatkuasakan dengan adil kepada semua rakyat, termasuk menteri dan ahli Parlimen. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker