Isteri bukan ‘punching bag’ suami baran

Isteri bukan ‘punching bag’ suami baran

Isteri bukan ‘punching bag’ suami baran

PETALING JAYA – Kisah pergaduhan dalam rumah tangga bukanlah isu yang asing di dalam Mahkamah Syariah sehinggakan banyak kes fasakh di Mahkamah Syariah dengan alasan yang popular adalah isteri dipukul oleh suaminya.

Berdasarkan perkongsian kenyataan di laman sosial Facebook, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, kes pukul isteri ini selalu sangat didengari dan dibawa ke mahkamah.



“Ada seorang wanita semasa datang berjumpa dengan saya sangat muram. Bercermin mata hitam namun bila dibuka, saya nampak kesan mata yang lebam disebelah kanan.

“Sewaktu bercerita tentang kisah yang berlaku, giginya patah dua batang dihadapan. Wanita itu menunjukkan kepada saya gambar dirinya tiga tahun yang lalu sebelum kahwin. Sangat berbeza dari sebelum kahwin dan selepas kahwin,” tulisnya di Facebook.

Wanita itu dipukul dengan teruk oleh suaminya kerana cemburu buta dan salah sangka dengan rakan sekerja.

Tambahnya lagi, sayang bukan begitu caranya diperlakukan kepada isteri. Walaupun mungkin isteri itu berkelakuan buruk, islam menyuruh agar kita berbincang dengan baik, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur dan pukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan barang yang lembut seperti hujung kain.



“Isteri pula, jika sudah kena pukul dengan teruk walau hanya sekali, tolong kasihankan diri sendiri dahulu. Jangan terlalu lambat untuk buat laporan polis dengan tangkapan segera kerana ini kes jenayah yang berat.

“Wanita kalau nak cari suami, teliti dahulu perlakuan, adab, dan latar belakang seseorang kerana ayat manis sebelum kahwin belum tentu tidak pahit selepas berumah tangga,” ujarnya. – K! ONLINE

Isteri bukan ‘punching bag’ suami baran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Kasihan, Ahli Bersatu sendiri kerana kurang yakin pada partinya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker