PRN Johor: Kasihan, Ahli Bersatu sendiri kerana kurang yakin pada partinya

PETALING JAYA – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menegaskan dakwaan pihak yang mengaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan kluster mahkamah adalah terasasar melainkan ada yang kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri.

Beliau berkata, keputusan yang diambil langsung tidak memberi kesan kepada ‘pemisahan kuasa’ antara badan eksekutif dan badan kehakiman.

Menurutnya, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor berada dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

Katanya, kesemua faktor utama telah dipertimbangkan oleh semua pihak sebelum mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Johor.

“Kita terima keputusan ini dan berharap pilihan raya ini dapat memberi mandat baharu untuk sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan akan terus berkhidmat untuk rakyat.

PRN Johor, BN dijangka sekali lagi menang besar

“Namun, seperti mana-mana PRN sebelum ini, kita perlu sentiasa mengingatkan sesama kita bahawa tidak kiralah kestabilan atau kuasa, jangan kita sesekali merosakkan segala usaha kita dalam memulihkan negara berikutan pandemik Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, UMNO turut yakin dengan institusi seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus menyeimbangkan kemudahan urusan rakyat bagi memenuhi hak demokrasi dan keselamatan rakyat secara umumnya.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah masuk gelanggang dalam hampir kesemua Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini tidak pula dikaitkan,” ujarnya. –

PRN Johor: Kasihan, Ahli Bersatu sendiri kerana kurang yakin pada partinya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor, kerjasama UMNO dan PAS akan berhasil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker