Beijing berang kapal perang AS belayar di Laut China Selatan
BEIJING – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) belayar merentasi Laut China Selatan hari ini sekali gus mengundang amaran tentera China ketika ketegangan antara dua kuasa besar dunia itu terus meruncing.
Tentera Laut AS menyatakan, kapal perang USS Benfold mempertahankan hak dan kebebasan belayar di sekitar Kepulauan Paracel selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Bagaimanapun, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menegaskan bahawa kapal perang itu telah memasuki perairan China secara haram.
“PLA mengerahkan tentera laut dan udaranya untuk mengesan, memantau serta memberi amaran, seterusnya mengusir kapal pemusnah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan global melibatkan barangan bernilai bertrilion-trilion dolar setiap tahun. Tuntutan China bertindih dengan tuntutan oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
Beijing juga meminggirkan penghakiman Mahkamah Tetap Arbitrasi yang berpangkalan di The Hague, Belanda pada 2016 bahawa tuntutan China ke atas Laut China Selatan berdasarkan sejarah adalah tidak berasas.
Berbilang tentera laut Barat dengan diketuai AS, melakukan operasi kebebasan belayar di Laut China Selatan untuk menegaskan bahawa laut tersebut adalah laluan dan perairan antarabangsa. – AFP
Beijing berang kapal perang AS belayar di Laut China Selatan
Baca Artikel Menarik:
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET