Lagu Dinda unggul, distrim 1.481 juta di Spotify

Lagu Dinda unggul, distrim 1.481 juta di Spotify

Walaupun belum berpeluang terbang ke republik Indonesia, Kugiran Masdo melakar sejarah menerusi lagu Dinda yang tular menerusi pelbagai platform digital dan aplikasi muzik sejak tahun lalu.

Lagu Dinda yang dilancarkan pada 2019 mula tular melalui aplikasi TikTok dan susulan impak pendedahan itu, nama Kugiran Masdo mula meniti bibir peminat di negara seberang.



Bukan sahaja lagu Dinda tersenarai antara single paling tular dengan distrim 1.481 juta di Spotify Indonesia, malah lagu lain seperti Janji Manis, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah juga meraih perhatian.

Terbaru, kumpulan yang memperjuangkan genre muzik pop klasik dengan sentuhan lagu Melayu era 1960-an itu tersenarai sebagai artis Malaysia paling banyak distrim di Spotify Indonesia sejak awal Januari.

“Ini permulaan 2022 manis bagi Kugiran Masdo. Apabila diberitahu menduduki tempat pertama menewaskan nama besar dan berpengaruh, lagilah kecut perut.

“Bagaimanapun, syukur atas kejayaan ini. Kami melihat nama penyanyi lain disenaraikan bukan calang-calang. Ada yang sudah tahap legenda, mencipta nama di peringkat antarabangsa dan mempunyai pengaruh besar di Indonesia.



“Kami bagaikan kelu lidah, hilang kata-kata. Namun, saat lagu Dinda mula ‘meroket’ di Indonesia, kesannya sangat jelas apabila peningkatan pendengar dilihat di seluruh platform digital lain,” kata vokalisnya, Ali Sariah.

Selain Kugiran Masdo menduduki tempat pertama, mengekori rapat ialah Yuna dengan 1.136 juta, Aisha Retno (1.098 juta), Datuk Seri Siti Nurhaliza (488,000), Exists (301,000), Yonnyboii (300,000), Iklim (297,000), Hujan (257,000), Search (227,000) dan Ukays (212,000).

Selain Ali, Kugiran Masdo dianggotai Azham Ahmad selaku dram, Putu Ceri (bass dan vokal) dan Asmawi (gitar dan vokal).

“Kami berterima kasih kepada peminat Indonesia mula menerima Kugiran Masdo. Seperti dikatakan, bukan mudah untuk artis Malaysia menembusi pasaran seberang. Kita boleh bilang dengan jari hanya beberapa nama sahaya yang diterima.



“Search, Datuk Sheila Majid dan Siti Nurhaliza antara nama yang kukuh membina rumpun muzik di Indonesia. Kami bersyukur takjub pengaruh Kugiran Masdo bukan hanya di Malaysia, malah mampu merebak ke negara seberang.

“Kugiran Masdo berharap dapat meluaskan empayar seni di negara lain pula,” katanya.

Ali berkata, perancangan mahu melakukan siri jelajah dan promosi di Indonesia masih tertunda.

“Situasi pandemik menjadi salah satu faktor. Peluang memang ada depan mata, namun keadaan tidak mengizinkan. Kami agak kecewa kerana peluang tidak selalu ada. Namun, kami percaya ada hikmah di sebaliknya,” katanya.



Bagaimanapun, Ali berkata, Kugiran Masdo dalam perancangan bersama tiga label muzik gergasi di Indonesia bagi meneruskan usaha tertunda, selain menjalinkan projek kolaborasi. BH

Lagu Dinda unggul, distrim 1.481 juta di Spotify


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker