Rogol remaja bergilir-gilir, 5 lelaki ditahan

Rogol remaja bergilir-gilir, 5 lelaki ditahan

Lima lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun dicekup disyaki merogol berkumpulan, di Telok Panglima Garang, Banting pada 29 Julai.

Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata tangkapan itu susulan laporan diterima daripada mangsa berusia 15 tahun yang mendakwa diperlakukan sedemikian kira-kira 2 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dibawa seorang daripada suspek ke sebuah rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki warga tempatan berumur antara 15 hingga 23 tahun di kawasan Klang dan Telok Panglima Garang.

“Hasil semakan, kesemua suspek didapati tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semua suspek telah direman lapan hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun. FMT

Rogol remaja bergilir-gilir, 5 lelaki ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker