Polis bongkar makmal proses ketamin, tangkap tiga lelaki

 

IPOH – Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pusing, Batu Gajah di sini sebagai pusat memproses dadah jenis ketamin tumpas selepas diserbu polis, Khamis lalu.

Serbuan antara 1.30 petang hingga 5.45 pagi kelmarin itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak.

Pengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiga lelaki berusia 28 hingga 40 tahun yang merupakan warga tempatan ditahan dalam tiga serbuan berasingan.



Katanya, menerusi serbuan tersebut, pihaknya merampas dadah jenis ketamin seberat dua tan yang dianggarkan bernilai RM111.2 juta.

Jelasnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 apabila polis menyita enam buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai yang merupakan aset sindiket dianggarkan bernilai RM201,307.50.

“Berdasarkan siasatan, modus operandi sindiket itu adalah dengan menjadikan premis di kawasan perindustrian sebagai makmal untuk memproses dadah.

Ayob Khan menunjukkan dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas dalam serbuan makmal proses dadah di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pusing pada sidang media di IPK) Perak hari ini.

“Kegiatan sindiket itu terbongkar susulan laporan yang dibuat pemilik kilang mengenai terdapat kegiatan mencurigakan oleh penyewa di premis berkenaan selain mempunyai tunggakan bil elektrik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.



Menurut beliau, siasatan mendapati sindiket tersebut bergiat aktif sejak pertengahan tahun lalu di mana bekalan dadah itu diedarkan untuk pasaran tempatan.

Katanya, jumlah rampasan dadah kedua terbesar selepas serbuan sama di Johor tahun lalu itu boleh dibekalkan untuk 6.7 juta penagih.-K! ONLINE

Polis bongkar makmal proses ketamin, tangkap tiga lelaki


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker