Pendaftaran ‘Gabungan Rakyat Sabah’ akan ditentukan dalam mesyuarat

Sebarang keputusan berkaitan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibawa ke dalam mesyuarat GRS, kata Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan.

Beliau berkata, GRS adalah sebuah gabungan daripada beberapa parti dan keputusan juga akan dibuat melalui mesyuarat dalam gabungan itu.

“GRS ini disertai beberapa buah parti, jadi sudah tentu apa-apa keputusan yang akan dibuat akan di bawa ke mesyuarat GRS.

“Jadi saya tidak mahu komen ya atau tidak, positif atau tidak sebelum perkara ini dibawa ke meja mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan projek Wonders Of Wilderness-The Ocean (WOW 1.0) di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan daripada pihak UMNO Sabah yang dilihat mendapat sambutan negatif berhubung usaha untuk mendaftarkan GRS sebagai sebuah gabungan parti politik yang rasmi di negeri ini.

Pada Sabtu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan memaklumkan seruan untuk mendaftarkan GRS sebagai satu entiti badan gabungan politik semakin kuat didengari dan dirasai di kalangan rakyat negeri ini.

Beliau yakin bahawa GRS mampu membawa Sabah ke mercu kejayaan dan sudah tiba masanya untuk pemimpin di Sabah bersatu bagi memastikan agenda kemajuan serta kejayaan dapat dilaksanakan di bawah payung GRS.

Pendaftaran ‘Gabungan Rakyat Sabah’ akan ditentukan dalam mesyuarat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker