Hantar WhatsApp menyamar Ahli Majlis Perbandaran Manjung



MANJUNG -Ada individu tidak bertanggungjawab menyamar sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Norhaslinda Zakaria dengan mengirim pesanan WhatsApp untuk meminta wang.

Perkara itu diketahui Norhaslinda setelah dihubungi beberapa kenalan yang merasa ragu-ragu dengan hantaran WhatsApp tersebut.

Katanya, tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab kononnya dia berada di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk rawatan bapanya dan memerlukan sedikit wang.

Paparan WhatsApp dihantar individu menyamar sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung untuk mendapatkan wang.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar menjadi saya untuk meminjam wang. Sebenarnya, bapa saya Allahyarham Zakaria Mat Sanif telahpun meninggal dunia 26 tahun lalu, bukannya di IJN.

“Harap semua yang mengenali saya berhati-hati dan boleh menghubungi saya terus jika terima WhatsApp sedemikian,” ujarnya kepada Kosmo!




Beliau juga memuat naik penjelasan menafikan perkara itu pada laman Facebook miliknya.

Menurut Norhaslinda, tindakan individu itu yang menggunakan namanya untuk kegiatan itu mencemarkan imej beliau sebagai Ahli Majlis MPM dan pemimpin komuniti.

“Nombor telefon itu bukan milik saya tetapi individu itu mengaku sebagai saya. Saya akan mempertimbangkan membuat laporan polis berhubung perkara ini,” ujarnya.-K! ONLINE

Hantar WhatsApp menyamar Ahli Majlis Perbandaran Manjung


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Leave a Reply

Your email address will not be published.