Penggodam Korea Utara curi RM1.67 bilion mata wang kripto

PYONGYANG – Satu laporan terbaharu mendedahkan bahawa penggodam-penggodam dari Korea Utara telah mencuri sebanyak AS$400 juta (RM1.67 bilion) mata wang kripto pada tahun 2021, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan diterbitkan sebuah platform data blockchain, Chainanalysis itu mendedahkan bahawa ia merupakan satu rekod baharu yang tinggi.

Menurut penganalisis, Korea Utara telah meningkatkan keupayaan sibernya dengan melatih beribu-ribu penggodam untuk mendapatkan dana bagi membiayai program senjata negara.

“Dari 2020 hingga 2021, bilangan aktiviti penggodaman yang berkaitan dengan Korea Utara melonjak daripada empat kepada tujuh, dengan nilai yang dicuri meningkat sebanyak 40 peratus.



“Sebaik sahaja negara itu mendapat hak terhadap dana tersebut, mereka memulakan proses pengubahan wang haram bagi menutup jenayah itu dan mengeluarkannya dalam bentuk tunai,’’ jelas laporan itu.

Dalam pada itu, laporan tersebut mengetengahkan mengenai kebangkitan Kumpulan Lazarus yang menjadi terkenal pada tahun 2014 selepas menggodam sistem Sony Pictures Entertainment sebagai tindak balas ke atas penerbitan sebuah filem yang mengejek pemimpin tertingginya, Kim Jong-un bertajuk The Interview. – AGENSI

Penggodam Korea Utara curi RM1.67 bilion mata wang kripto


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker