Pengurus kalah judi, tapi buat laporan palsu hilang RM39,800 gaji pekerja

Pengurus kalah judi, tapi buat laporan palsu hilang RM39,800 gaji pekerja

Pengurus sebuah syarikat pembinaan membuat laporan polis palsu kononnya kehilangan gaji pekerja sebanyak RM39,800 dalam kenderaannya, sedangkan wang itu habis digunakan untuk berjudi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 32 tahun kira-kira 9.33 malam tadi.



“Lelaki ini menyatakan pada hari sama sekitar 2.30 petang, dia sudah mengeluarkan RM45,000 dari CIMB Bank Cyberjaya bagi tujuan membayar gaji pekerja.

“Apabila selesai urusan pengeluaran, pengurus ini mengatakan wang itu disimpan dalam beg sandang dan diletakkan di bawah kerusi tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan.

Aidi Sham berkata, lelaki itu mendakwa dia terus balik ke Port Dickson dan ke rumah bapa saudaranya di sebuah flat di Lukut untuk menyerahkan wang sebanyak RM4,700.

Katanya, lelaki itu memberitahu dia kemudiannya meletakkan kenderaan dan baki wang dalam keretanya untuk singgah makan di sebuah kedai makan di Taman Sentosa.



“Apabila selesai, dia kembali semula ke kenderaan dan mendapati duit dan beg sandang sudah hilang, namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaan.”

Ketika disoal siasat lanjut oleh polis kira-kira 11.15 malam tadi, katanya, pengurus itu didapati sengaja mengada-adakan cerita kehilangan wang RM39,800.

“Pihak polis dapat mengesan tujuan lelaki itu supaya dapat melewatkan pembayaran gaji pekerja kerana wang itu sudah habis digunakannya untuk bermain judi di sebuah tempat perjudian berlesen.

“Pihak polis terus membuat satu laporan untuk pengadu disiasat kerana membuat keterangan dan laporan palsu.”



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Beliau berkata, polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan memberi amaran kepada orang ramai tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang. FMT

Pengurus kalah judi, tapi buat laporan palsu hilang RM39,800 gaji pekerja


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker