Akar umbi pembuat keputusan muktamad parti – Zahid

Akar umbi pembuat keputusan muktamad parti – Zahid

Akar umbi Umno adalah pembuat keputusan utama parti yang seterusnya akan didengar oleh kepimpinan selaku pemegang amanah, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya dengan memuat naik gambarnya sedang memeluk Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Zahid tidak meletakkan sebarang penjelasan pada gambar itu.

Menurut Zahid, Umno menjadi mangsa komplot untuk melemahkan parti selepas pilihan raya umum (PRU) lalu tetapi kerana perpaduan akar umbi, parti itu berjaya dan sedang menuju ke arah kebangkitan.

“Sememangnya Umno milik akar umbi, manakala barisan pimpinannya selaku pemegang amanah.

“Telah terbukti sinergi ketetapan akar umbi Umno yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat,” katanya.

Kenyataan Zahid mengenai akar umbi Umno dibuat dua minggu selepas Hadi mendakwa majoriti dalam kepimpinan Umno mahu melihat Muafakat Nasional (MN) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Hadi, dalam hal ini, akar umbi Umno harus mendengar kata-kata pucuk pimpinan dan bukannya sebaliknya.

Dalam pada itu Zahid berkata musuh Umno cuba membubarkan Umno selepas PRU pada 2018.

Meskipun gagal, kata Zahid, ada cubaan untuk menarik ahli Umno untuk berpaling tadah.

“Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, Umno cuba pula dikawal supaya menuruti kehendak.

“Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah Umno semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah.

“Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha hebat,” katanya.

Sebelum ini, Hadi berulang kali menyatakan PAS mahukan pakatan pilihan raya bersama Umno dan Bersatu. Bagaimanpun ia tidak berlaku semasa pilihan raya negeri (PRN) Melaka tahun lalu dan pemimpin Umno bertegas akan bergerak solo jika ada PRN di Johor. Mk

Akar umbi pembuat keputusan muktamad parti – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker