Doktor kontrak kini layak dapat biasiswa HLP

Doktor kontrak kini layak dapat biasiswa HLP

Doktor lantikan kontrak kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Mengesahkan perkara itu, Hartal Doktor kontrak berkata, tawaran baharu berkenaan berdasarkan surat rasmi bertarikh 5 Jan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelantikan secara kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas khidmat wajib bagi kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran.

“Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sememangnya telah membuktikan kecekalan dan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu yang membelenggu kami sejak lima tahun lalu.

“Kami berharap terma dan syarat untuk memohon HLP akan diputuskan tidak lama lagi,” katanya di Facebook sambil melampirkan surat rasmi daripada KKM berhubung perkara itu.

Surat itu menyatakan, kerajaan pada 14 Jul 2021 bersetuju supaya pegawai perubatan dalam tiga bidang itu yang telah melengkapkan tempoh kontrak khidmat wajib, dilantik semula secara kontrak bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat pada 9 Dis 2021 memaklumkan persetujuan mengenai pelantikan semula secara kontrak kepada KKM dengan tarikh pelantikan dibuat mengikut sehari selepas tempoh kontrak khidmat wajib tamat.

“Sehubungan itu, tawaran pelantikan semula secara kontrak akan dibuat berdasarkan kohort lantikan secara berperingkat menerusi Portal Semakan Kerjaya KKM mulai 1 Jan 2022 merangkumi pegawai perubatan (kohort lantikan 2017 dan pegawai yang telah dilanjutkan latihan siswazah dan lengkap khidmat wajib 2022), pegawai pergigian (kohort lantikan 2019) dan pegawai farmasi (kohort lantikan 2019),” menurut kandungan itu.

Sebelum ini, hanya doktor tetap yang berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya tiga tahun layak menyambung pengajian kepakaran namun bergantung dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85%.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini mendapat perhatian umum kerana mengambil tindakan untuk mengadakan mogok besar-besaran di seluruh negara pada 26 Jul lalu kerana kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan menawarkan pelantikan tetap kepada semua doktor kontrak sedia ada, selain kecewa dengan syarat yang tidak membenarkan doktor kontrak menyambung pengajian dalam peringkat kepakaran. FMT

Doktor kontrak kini layak dapat biasiswa HLP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker