Ketua Polis P Pinang diminta jawab dakwaan kasari orang bawahan

PETALING JAYA: Dua kumpulan sivik menggesa Ketua Polis Pulau Pinang Shuhaily Mohd Zain menjawab dakwaan beliau mengasari seorang anggota polis lebih enam tahun lalu.

Jurucakap Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) dan Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED) membuat gesaan itu merujuk kepada laporan polis difailkan pada November 2015 yang baru-baru ini didedahkan oleh akaun Twitter pemberi maklumat, Edisi Siasat.

Dalam laporan itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal di balai polis daerah Hilir Perak mendakwa beliau dimarahi Shuhaily, yang ketika itu adalah Ketua Polis Daerah, selepas gagal memberi tabik hormat ketika keretanya melepasi pos pengawal.

Beliau mendakwa Shuhaily memukulnya di bahu kiri dan ini memalukannya dan menjejaskan emosinya, selain boleh menjejaskan semangat dan produktivitinya di tempat kerja.

Tambahnya, Shuhaily mengancam untuk menukarkannya ke Sabah atau Sarawak.

FMT telah menghubungi pejabat Shuhaily bagi mendapatkan komen.

Jurucakap EDICT, Khalid Ismath, menggesa Shuhaily supaya segera menangani dakwaan itu.

Katanya, beliau perlu memfailkan saman sivil terhadap pengadu jika dakwaan tersebut palsu.

“Kami menggesa Bukit Aman mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini,” katanya kepada FMT.

“Pada masa sama, Shuhaily mesti menjawab dakwaan ini kerana pengadu membuat laporan polis bertahun-tahun lalu. Beliau mesti digantung kerja semasa siasatan.”

Khalid berkata, dakwaan bahawa seorang tokoh berkuasa berkelakuan seperti samseng membimbangkan apabila beliau sepatutnya menjaga keselamatan orang ramai.

Beliau menggesa agar sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes itu jika polis tidak meneruskan siasatan.

Jurucakap CAGED Rama Ramanathan memberitahu FMT, beliau ingin tahu hasil siasatan polis terhadap laporan yang dibuat pada 2015 itu.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri perlu memanggil Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Menteri Dalam Negeri, yang juga pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, untuk menjelaskan perkara itu.

Beliau menggesa suruhanjaya itu memberitahu orang ramai sama ada laporan polis dipertimbangkan semasa menilai calon bagi kenaikan pangkat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

https://mykmu.net/2022/01/11/hakim-berbogel-di-bilik-isteri-orang-sel

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker