Lelaki ditahan rakam gambar seluar dalam wanita di Bayan Baru
BAYAN BARU – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas disyaki merakam gambar seluar dalam seorang wanita di sebuah pasar raya di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas dipercayai merakam gambar tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya.
“Suspek ditahan oleh orang awam lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Suspek kini direman dua hari bermula hari ini (Isnin) untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Kami merampas dua telefon bimbit jenama iPhone; sebuah ‘powerbank’, sebuah ‘earbud’ dan sebuah beg kain berwarna hitam,” katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Lelaki ditahan rakam gambar seluar dalam wanita di Bayan Baru
Baca Artikel Menarik:
- Di Mana-Mana Babi Hutan
- Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati
- Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’
- Nabila Huda dah patut mati lama dahulu
- Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui
- Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15
- Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah
- Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai
- Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen
- Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
- Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.