Pemandu teksi lawan arus ditahan

SERDANG – Padah melawan arus dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain, seorang pemandu teksi ditahan dalam kejadian berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Putra Permai di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, teksi yang dipercayai dipandu seorang lelaki warga emas itu tular menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam media sosial.

“Siasatan dijalankan mendapati dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 70 tahun itu telah mengambil tiga penumpang di sebuah kondominium berhadapan AEON Taman Equine.



“Pemandu teksi berkenaan melalui laluan bertentangan tanpa membuat pusingan di Persiaran Pinggiran Putra 2, dan suspek dikesan memandu secara melawan arus sekitar 40 meter seterusnya membelok ke kanan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pemandu teksi berkenaan telah dipanggil untuk siasatan lanjut dan saringan urin negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker