Pondok misteri di bulan rupanya batu

Pondok misteri di bulan rupanya batu

Objek berbentuk seperti sebuah pondok misteri berbentuk kiub yang dirakam kenderaan rover angkasa milik China bulan lalu sebenarnya sebiji batu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover Yutu-2 bulan lalu membuat penemuan objek misteri itu di sisi gelap bulan.

Namun, rover itu mengambil masa selama dua bulan untuk mendekati objek tersebut untuk mengetahui apa sebenarnya objek yang dikesan itu.

Para saintis China membangunkan strategi baharu untuk rover itu melintasi permukaan bulan dan menghampiri objek tersebut dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, objek tersebut rupa-rupanya hanyalah sebiji batu lama biasa.

Menurut catatan blog tempatan iaitu Our Space, kiub itu dari jauh kelihatan setinggi bangunan Arc de Triomphe.

Tetapi apabila didekati oleh rover, ia ternyata sangat pendek malah pemandu tidak dapat mengelak daripada berasa sedikit kecewa. K Online

Pondok misteri di bulan rupanya batu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker