UFO berbentuk V terbang di atas jet penumpang Airbus A230

UFO berbentuk V terbang di atas jet penumpang Airbus A230

ATLANTA, GEORGIA – Satu rakaman luar biasa dirakam oleh seorang pramugara di Amerika Syarikat menunjukkan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk seperti huruf V terbang di atas sebuah jet penumpang jenis A230 baru-baru ini, lapor akhbar The Sun semalam.

Rakaman itu dirakam dari ruang kokpit pada ketinggian 39,000 kaki oleh seorang pramugara yang sedang melihat ke arah langit untuk merakam imej galaksi Bima Sakti.

Pramugara yang tidak didedahkan identitinya itu berkongsi rakaman itu dengan akaun YouTube popular, UFOMania.

Pesawat itu sedang terbang di atas negeri Georgia apabila pramugara itu mengesan sesuatu yang luar biasa di langit.

Dalam video yang dirakam menggunakan peranti iPhone 13 Pro Max itu, ruang udara yang gelap diterangi oleh pelbagai lampu yang bercahaya.

Pramugara itu menjelaskan, dia sedang cuba mengambil video pesawat lain yang terbang tepat di atas pesawatnya pada arah bertentangan apabila dia terlihat objek aneh itu.

“Ketika saya merakam pesawat itu yang terbang di atas pesawat kami, saya perhatikan objek berbentuk V ini muncul dan ia kelihatan seperti sedang berada di antara kami dan pesawat lain,” katanya.

Peminat UFO memuji kebolehan pramugara itu dalam merakam penampakan itu, dengan beberapa yang lain bergurau dengan mengatakan ia kelihatan seperti sebuah lampu isyarat. K Online

UFO berbentuk V terbang di atas jet penumpang Airbus A230


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker