Ibu maut, MPV dipandu anak tak lepas memotong

KUALA KRAI – Seorang warga emas maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu anaknya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 106.1, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Sungai Sam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, mangsa, Eshah Ismail, 70, yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menaiki sebuah MPV jenis Naza Ria yang dipandu oleh anaknya bersama lima ahli keluarga yang lain sedang dalam perjalanan dari Gua Musang menghala Kota Bharu.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, MPV tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kereta yang berada di hadapan kenderaannya.

“Bagaimanapun, MPV berkenaan dipercayai gagal memotong kereta tersebut sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Suprima yang dinaiki tiga beranak.

“Insiden itu menyebabkan pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan cedera manakala mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terhantuk di dalam MPV berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu MPV itu ketika cuba memotong kenderaan lain sehingga menyebabkan kematian,” katanya. -K! ONLINE

Ibu maut, MPV dipandu anak tak lepas memotong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker