‘Rumah Merah’ diserbu, pelacur serendah RM30 ditangkap

‘Rumah Merah’ diserbu, pelacur serendah RM30 ditangkap

TUJUH warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks termasuk serendah RM30 sekali langgan berjaya ditangkap di pusat pelacuran yang lebih dikenali sebagai ‘Rumah Merah’ di kawasan Jalan Silang, Kuala Lumpur dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya dengan kekuatan 10 pegawai dari Unit QRT Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen menyerbu premis itu pada 3.30 petang.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri oleh wanita dan pelanggan di dalam premis namun tidak berjaya kerana premis berkenaan telah dikepong.

“Penjaga premis mengambil tindakan dengan mengunci pintu dari dalam bagi menyekat serbuan masuk dan tidak memberi kerjasama untuk membuka pintu.

“Pegawai operasi terpaksa memecahkan dinding premis untuk masuk ke dalam premis apabila cubaan untuk membuka dan mengumpil pintu besi yang dikunci dari dalam tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Khairul Dzaimee lagi, setelah berjaya memasuki premis, pegawai operasi mendapati premis berkenaan telah dibuahsuai secara haram dengan binaan bilik-bilik untuk melayan pelanggan dan juga laluan rahsia.

Jabatan Imigresen Malaysia terpaksa memecah dinding bagi menangkap warga asing yang menjalankan kegiatan pelacuran kelas rendah di Jalan Silang, Kuala Lumpur. – Sumber: Facebook JIM
Menurutnya, keadaan di dalam premis agak suram dengan penggunaan pencahayaan berwarna merah dan persekitaran dalam premis yang berbau serta kotor.

“Seramai 11 orang individu telah diperiksa di dalam premis ini. Tujuh orang wanita menyorok di dalam bilik rahsia, tiga orang pelanggan menyorok di laluan rahsia dan penjaga premis menyorok di dalam tangki air.

“Hasil pemeriksaan berjaya menahan seramai tujuh orang warga asing yang terdiri daripada tiga wanita warganegara Indonesia, dua wanita warganegara India, seorang lelaki warganegara Nepal penjaga premis dan seorang lelaki warganegara Myanmar yang merupakan pelanggan di premis tersebut.

Selain itu menurut beliau, empat notis untuk hadir memberi keterangan dikenakan kepada dua orang wanita tempatan pekerja di premis tersebut dan dua orang lelaki tempatan yang merupakan pelanggan di dalam premis semasa serbuan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati premis pelacuran ini menjalankan operasi dari jam 9 pagi sehingga 9 malam dengan bayaran di antara RM30 hingga RM60 sekali langganan.

“Akuan lisan dari salah seorang pekerja wanita menyatakan setiap pekerja wanita menerima 10 sehingga 12 orang pelanggan sehari dan lebih ramai pelanggan pada hujung minggu.

Tambah beliau lagi, setiap pekerja wanita juga dikenakan bayaran yuran sebanyak RM25 sehari untuk bilik, kondom, tisu dan pelincir.

“Bayaran ini perlu dijelaskan kepada penjaga premis setelah tamat waktu bekerja.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

“Kesemua tahanan warga asing akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang melanggar undang-undang supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dijalankan setiap hari bukan sahaja untuk menangkap PATI malahan bagi memutuskan rantaian jenayah dan aktiviti tidak bermoral yang melibatkan warga asing,” katanya. E9

‘Rumah Merah’ diserbu, pelacur serendah RM30 ditangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker