S binti Rusli, nama terpendek di Malaysia

Sebaran :

S binti Rusli, nama terpendek di Malaysia

Nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian masih kekal sebagai nama terpanjang di Malaysia setakat ini.

Perkara itu disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menurut Utusan Malaysia.

Pengesahan itu menyusul selepas kecoh di media sosial mengenai hantaran Mohd Sholihin yang berkongsi nama anak perempuannya yang unik dan panjang.



Nama yang dikongsi itu adalah Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta binti Mohd Sholihin.

Nama itu sempat ditularkan sejak semalam sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Bagaimanapun, Mohd Sholihin tampil menafikan mendaftarkan nama itu untuk anak perempuannya.

Menurutnya, paparan nama dikongsi itu dibuat secara suka-suka dan nama sebenar didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya binti Mohd Sholihin.



“Nur Shafia Aaliya binti Mohd Sholihin…nama sebenar, yang panjang-panjang tu edit suka-suka je….jangan marah ya,” kata Mohd Sholihin.

Mengikut rekod JPN, antara nama terpanjang lain ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.

Sebagai makluman, JPN menetapkan nama bayi yang ingin didaftarkan tidak boleh melebihi 80 aksara (huruf).

Nama paling pendek di Malaysia pula kekal milik seorang pelukis pelan, iaitu S binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor. FMT



S binti Rusli, nama terpendek di Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *