Fenomena kilat Kutub Utara membimbangkan

Fenomena kilat Kutub Utara membimbangkan

Fenomena kilat yang semakin kerap di Kutub Utara dipercayai memberi petanda gangguan iklim dunia mula merubah cuaca global, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Sebuah syarikat pemantau alam sekitar berpangkalan di Finland, Vaisala, melaporkan sebanyak 7,278 kejadian kilat berlaku di Kutub Utara pada 80 darjah latitud, iaitu hampir dua kali ganda daripada gabungan sembilan tahun sebelumnya.



Kilat di Lautan Artik sangat jarang berlaku dan ia menjadi penanda aras buat para saintis mengesan krisis perubahan iklim.

Pakar Meteorologi dan Pengurus Aplikasi Kilat Vaisala, Chris Vagasky berkata, planet yang semakin panas mengecas persekitaran Artik sekali gus menyebabkan banyak kejadian kilat berlaku.

“Kami mendapati bahawa kejadian kilat dan ribut petir kini melarat hingga ke Siberia dan bergerak ke Lautan Artik serta meneruskan pergerakan jauh ke bahagian utara.

“Udara panas dan lembap dari semua benua kini bergerak ke Lautan Artik dan ia berlaku secara berterusan, sekali gus menyebabkan banyak kejadian ribut tercetus di situ,” katanya. K Online



Fenomena kilat Kutub Utara membimbangkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker