Lelaki menyamar jadi rider curi makanan

Lelaki menyamar jadi rider curi makanan

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang ditempah menerusi satu aplikasi pesanan makanan dicuri abang ‘rider’ penghantar makanan misteri.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Pos Cod, beliau memuat naik video serta tangkap layar seorang lelaki membawa motosikal berserta bag makanan menyamar sebagai ‘rider’ sebelum mengambil makanan yang diletakkan di atas meja dekat lobi.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Bukit Jalil dimana pencuri makanan itu menggunakan taktik yang sama berulang kali.

“Salam semua, saya bukan ‘rider’, hanya pengguna yang kecewa bila makanan kena curi. ‘Rider’ betul datang hantar makanan, letak atas meja. Saya turun, ‘rider’ kedua (pencuri) datang ambil dua order dari atas meja, masuk dalam beg dan cabut.

“Saya turun makanan dah tiada, dua tiga kali dah jadi ni,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut pengguna khidmat pesanan makanan itu, pihaknya dapat mengesan nombor pendaftaran motosikal pencuri terbabit dan telah diadukan kepada syarikat aplikasi terbabit namun buntu kerana nombor tersebut tidak berdaftar dengan syarikat itu.

“Dah lapor pada syarikat, katanya nombor plate tidak berdaftar dengan mereka. Jadi rasanya dia pakai bag orang lain,” ujarnya. K Online

Lelaki menyamar jadi rider curi makanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker