Suhaizan terima 30 permohonan bantuan dari rakyat walaupun belum mengangkat sumpah

Belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai yang baharu, namun Suhaizan Kayat telah menerima lebih 30 permohonan daripada penduduk di kawasan tersebut.

Justeru, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berjanji akan memberi perhatian penuh terhadap perkara tersebut dan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya.

“Saya telah terima lebih 30 permohonan daripada penduduk kawasan ini dalam masa sehari. Itu tambahan kepada catatan yang dibuat sepanjang tempoh dua minggu berkempen. Majoriti permohonan itu lebih kepada infrastruktur, berkaitan perumahan serta program untuk anak muda dan wanita.

“Sekarang ini kita sudah menghampiri hujung tahun, jadi itu merupakan satu cabaran bagaimana hendak menguruskan permohonan tersebut,” katanya ditemui semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Rakyat dan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Dewan Raya Taman Bukit Indah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui peranan dimainkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam membentuk karakter dan peribadinya sebagai seorang ahli politik.

“Beliau beri tunjuk ajar kepada saya dalam politik, bukan sahaja di Johor malah juga di Malaysia. Semasa dalam didikannya, beliau selalu menyebut mahu pegawai-pegawainya untuk mengikut jejak langkah beliau, jadi saya akan cuba memenuhi permintaan itu.

“Kita perlu hargai jasa Allahyarham khususnya menerusi inisiatif Payung Rahmah,” jelasnya.

Pada PRK Parlimen Pulai semalam, Suhaizan mendapat 48,283 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dengan 29,642 undi, manakala calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi hanya meraih 528 und

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker