Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
“Bagai dilanda tsunami.”
Itu luahan pelakon dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar ketika mengetuai misi bantuan di Puchong, Bukit Canggang dan Taman Sri Muda yang terjejas teruk akibat banjir.
Azlee bersama 39 warga Bangladesh yang menetap di Malaysia, melawat ke tiga kawasan berkenaan sekitar Selasa lalu untuk menyerahkan 200 unit kelengkapan rumah termasuk dapur gas, periuk nasi dan tilam serta makanan untuk penduduk yang terkesan.
Turut menyertai misi tersebut adalah wakil komuniti warga Bangladesh di Malaysia, Morad.
Azlee berkata, dia terkesan melihat nasib menimpa penduduk yang hilang harta benda dan tempat kediaman akibat bencana itu.
“Bila melihat mereka, saya sebak. Rasa nak menangis mengenangkan keadaan di kawasan-kawasan tersebut yang Ibarat dilanda tsunami, dengan longgokkan sampah lagi.
“Bayangkan air ketika banjir naik sehingga paras bumbung. Bukan sahaja barang, kereta pun rosak.
“Keadaan mereka sukar. Nak bersihkan rumah lagi. Memang payah,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Cerita Azlee, terdapat penduduk yang terputus bekalan makanan dan minuman kerana tinggal di kawasan yang terlalu jauh.
“Bagaimana nasib mereka yang terperangkap di sana? Macam mana makan minum mereka.
“Barang pula satu pun tak boleh pakai. Kalau air naik sehingga bumbung, apa sahaja yang tinggal? Semua rosak.
“Bila kami serahkan perkakas elektrik, ada yang sebak. Kata mereka boleh guna untuk masak. Nak keluar, sukar. Sebab terlalu jauh,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Azlee mencadangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain agar menyalurkan sumbangan berbentuk perkakas dapur bagi membolehkan mangsa menyediakan makanan untuk keperluan harian mereka.
“Tak perlu yang mahal. Asal boleh guna untuk tampung keperluan mereka,” tambahnya. Utusan
Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
Baca Artikel Menarik :
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain