Elon Musk ambil ketamin

Elon Musk ambil ketamin

Bilionair antara paling kaya di dunia, Elon Musk menyatakan bahawa penggunaan dadah oleh dirinya memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan semalam.

Musk mengaku mengambil preskripsi ketamin untuk merawat ‘kerangka minda negatifnya.’

Dadah itu biasanya digunakan untuk merawat kesakitan dan kemurungan. Taikun berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut berikutan laporan media Amerika Syarikat bahawa penggunaan dadah olehnya telah menakutkan pelabur.

“Ketamin membantu menangani kerangka fikiran negatif,” Musk memberitahu bekas pengacara saluran berita CNN, Don Lemon dalam wawancara tersebut yang disiarkan di media sosial.

Ditanya sama ada penggunaan ketamin boleh memberi kesan negatif kepada persepsi pelabur, Musk berkata: “Kami (Tesla) mempunyai kereta paling laris di dunia pada tahun lepas. Jadi, dari sudut pandangan pelabur, jika ada sesuatu yang saya ambil, saya harus terus mengambilnya.”

Musk yang mengendalikan firma SpaceX dan Tesla serta memiliki platform media sosial X, bagaimanapun menafikan menyalahgunakan ketamin.

Menurutnya, dia menggunakan hanya ‘sedikit ketamin sekali setiap minggu atau lebih kurang begitu’

Tambah bilionair itu, beliau tidak percaya dirinya tidak mempunyai masalah ‘kemurungan berlanjutan’. Sebaliknya, Musk mengambil ketamin hanya apabila ‘dirinya berada dalam keadaan negatif.’

Semasa temu bual selama sejam itu, Musk turut membincangkan tentang beliau bertemu calon pilihan raya Presiden Parti Republikan, Donald Trump pada bulan ini tetapi tidak memberi bayangan siapa yang akan mendapat sokongannya pada pilihan raya November nanti.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyalahgunaan ketamin akan merosakkan badan termasuk kerosakan buah pinggang, salur kencing, loya , sawan di samping masalah pernafasan yang boleh membawa maut. K Online

Elon Musk ambil ketamin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker