Nia Ramadhani dan suami kini bebas dadah

Nia Ramadhani dan suami kini bebas dadah

Peguam pelakon Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie memaklumkan kedua kliennya yang ditangkap kerana dadah kini sudah bebas daripada najis merbahaya itu.

Pasangan itu diwakili oleh peguam, Wa Ode Nur Zainab ketika menghadiri perbicaraan Nia dan suaminya yang berlangsung di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, semalam.



“Saya melihat secara peribadi bahawa kedua mereka sudah bertambah baik sejak menjalani rawatan pemulihan dadah.

“Bukan itu saja, hasil kesihatan mereka juga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Nia dan Ardie juga kelihatan sudah benar-benar sihat daripada masalah itu.


Nia Ramadhani dan suami ketika menagih dadah

“Hasil ujian kesihatan juga menunjukkan mereka telah sembuh dan bebas,” kata Wa Ode ketika sesi perbicaraan itu.



Terdahulu, Nia dan Ardi bersama pemandu peribadi mereka ditangkap kerana positif serta memiliki dadah. Malah, mereka juga turut diberikan tempoh setahun untuk menjalani rawatan pemulihan dadah di RSKO Cibubur.

Namun mereka meminta hukuman diringankan dan berjanji akan meninggalkan tabiat buruk mengambil dadah.

Selain itu, mereka berdua juga berikrar untuk menjadi manusia yang lebih baik dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Hasil hukuman pasangan ini sendiri akan diputuskan pada 11 Januari 2022.



Nia sebelum ini menerima teguran daripada hakim selepas mengaku mengambil dadah kerana sedih dengan kematian bapanya.

Hakim menempelak pengakuan tersebut sebagai kurang berasas memandangkan bapanya telah meninggal dunia lebih enam tahun yang lalu. Wc


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker