Ibadah umrah ditangguhkan mulai 8 Januari – KJ

Sebaran :

Kuala Lumpur: Kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini, berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.

Sebelum itu, katanya, perbincangan khas bersama beberapa agensi terbabit umrah diadakan disusuli Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam.

Beliau berkata, hasil perbincangan itu kerajaan memutuskan tidak ada perjalanan mengerjakan umrah selepas tarikh berkenaan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.



“Tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa hari ini.

“Kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari ini.

“Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada hari ini hingga 7 Januari, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel dikenal pasti Nadma apabila tiba di Malaysia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, jemaah umrah yang akan pulang ke Malaysia perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan ketibaan serta menjalani perintah pengawasan selama tujuh hari di stesen kuarantin.



“Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan menggunakan ujian kendiri RTK Ag dan melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima.

“Jemaah umrah hanya akan diberi pelepasan dari perintah pengawasan dan pemantauan pada hari kelapan, sekiranya tiada lanjutan kuarantin serta keputusan ujian RT-PCR pada hari kelima negatif,” katanya.

Beliau menasihati jemaah yang baru pulang dan sedang menjalani kuarantin di rumah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kuarantin yang ditetapkan.

Katanya, kegagalan mematuhi arahan dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan tindakan undang-undang.



“Penangguhan sementara aktiviti umrah inidijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes Covid-19.

“Langkah ini juga diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti terbabit boleh dibenarkan semula,” katanya.

Ibadah umrah ditangguhkan mulai 8 Januari – KJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *