Penghantar barang selamat wanita lemas dermakan wang sumbangan

 

Seorang penghantar barang yang menyelamatkan seorang wanita lemas di China dipuji orang ramai kerana mendermakan wang sumbangan yang diberikan kepadanya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Pada 13 Jun lalu, Peng Qinglin terjun dari sebuah jambatan pada ketinggian 12 meter untuk menyelamatkan seorang wanita yang lemas di Sungai Qiantang.



Dalam sebuah klip video tular, Qingling yang mengalami retak tulang akibat kejadian itu, terbaring di atas katil hospital dikelilingi sijil anugerah dan pingat yang diterima.

Pihak berkuasa tempatan di Hangzhou menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah 30,000 yuan (RM19,535), manakala syarikat penghantaran makanan memberi 50,000 yuan (RM32,559) bersama-sama peluang untuk belajar di universiti secara percuma.

Tindakannya turut dipuji penduduk di kampung halamannya dekat bandar Zhangjiajie, wilayah Hunan, di mana kerajaan tempatan memberikan 100,000 yuan (RM65,119).

Qingling bagaimanapun memutuskan untuk menerima hanya sebahagian wang itu dan menderma selebihnya.



“Saya ingin menderma semua wang daripada syarikat tempatan kepada sekolah-sekolah di kampung halaman saya supaya anak-anak dapat belajar dengan baik dan menyebarkan semangat membantu orang lain daripada  usia muda,” katanya.

Qinglin masih menjalani rawatan dan doktor menjangkakan dia akan memerlukan tambahan tujuh hingga 10 hari lagi di hospital. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker