PDRM nafi dakwaan halang sambutan Krismas

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan menghalang sambutan perayaan Krismas seperti yang didakwa dalam satu video berdurasi satu minit 34 saat yang dikesan dimuat naik di aplikasi TikTok pada Ahad.

Klip video tersebut memaparkan anggota polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keadaan di hadapan sebuah pusat beli-belah di sekitar Bukit Bintang di sini yang dikerumuni orang ramai pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menafikan dakwaan dibuat dalam video tersebut oleh pemilik akaun TikTok bernama @jamalali866 yang mendakwa pihak polis dan tentera menghalang sambutan Krismas.

“PDRM ingin menjelaskan bahawa malam sambutan Krismas pada 24 Disember (Jumaat), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menjalankan penugasan rondaan keselamatan di lokasi tumpuan orang ramai.

“Penugasan tersebut bagi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) bukannya pasukan tentera seperti dinyatakan dalam video tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, pasukan pematuhan digerakkan ke lokasi tumpuan untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa,” ujarnya.

PDRM nafi dakwaan halang sambutan Krismas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker