Ikram sahkan kondo Seri Duta tak selamat

Ikram sahkan kondo Seri Duta tak selamat

Firma kejuruteraan Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) dan Jabatan Kerja Raya mengenal pasti beberapa petanda yang menunjukkan kondominium Seri Duta 1 kini tidak selamat untuk didiami.

Turut didapati berbahaya ialah sebuah kawasan berhampiran milik Suruhanjaya Tanah Persekutuan.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka mendapatkan khidmat Ikram untuk menjalankan kajian ke atas lereng di tapak petempatan terbabit dan sudah mengeluarkan laporan awal mengenainya.

Pihak pengurusan Seri Duta 1 sudah melantik perunding kejuruteraan untuk membaiki asas bangunan dan cerun. Ikram pula akan memberikan maklum balas mengenai rancangan tersebut.

“Pada masa sama, Ikram akan memantau pergerakan tanah di kawasan itu secara lebih dekat,” kata DBKL dalam satu kenyataan malam tadi.

Seri Duta 1 ialah sebuah pangsapuri berkepadatan rendah yang terletak di Bukit Tunku yang rimbun dan mewah. Ia juga berada di kawasan berhampiran dengan Parlimen.

Penduduknya baru-baru ini dipindahkan kerana kebimbangan aspek keselamatan berikutan tanah runtuh di dasar beberapa blok pangsapuri.

Ini merupakan bangunan kediaman bertingkat ketiga yang dipindahkan sepanjang minggu lalu yang menyaksikan hujan lebat dan banjir di Lembah Klang.

Pada 21 Dis, penghuni Pangsapuri Indahria di Shah Alam dan kondominium Bangsar Indah dipindahkan selepas hartanah itu dianggap tidak selamat dari segi struktur. Mk

Ikram sahkan kondo Seri Duta tak selamat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker