Pengantin OKU didukung, undang sebak orang ramai (Video)

Pengantin OKU didukung, undang sebak orang ramai (Video)

Sebak apabila seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) didukung ahli keluarga dalam majlis perkahwinan beliau.

Menerusi perkongsian video di media sosial oleh pengguna @deklaa96_, video berdurasi 54 saat itu menunjukkan wanita itu didukung lelaki dipercayai ahli keluarga beliau sebelum diserahkan kepada suaminya dalam perarakan sambut menantu.

@deklaa96_ yang juga merupakan adik kepada pengantin lelaki di dalam video terbabit berkongsi bahawa kakak iparnya itu seorang OKU sejak kecil dan bertemu jodoh dengan abangnya.

Difahamkan, kakak iparnya yang berusia 27 tahun itu mengalami kecacatan tiada kaki kanan dan kaki sebelah kiri yang mengecil sejak lahir.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan abang dan kakak ipar saya, kakak ipar saya OKU daripada kecil jodoh abang saya,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial lain berkongsikan perasaan terharu akan jodoh antara dua mempelai itu sebagai satu perkara yang luar biasa.

“Betul orang cakap perempuan akan menjadi ratu apabila bertemu dengan lelaki yang tepat, tahniah dan semoga diberkati,” kata pengguna sofearosee4.

“Alhamdulilah suami dia terima dengan ikhlas walaupun isteri OKU, si suami jagalah isteri baik-baik, jangan hampakan dia,” ujar babyshxnee._

“Alhamdulillah, semua dia sedia terima segala kekurangan isteri, susah nak jumpa lelaki macam ni, semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen @jienazfar_30.

Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan bahagia sehingga Jannah. K Online

Pengantin OKU didukung, undang sebak orang ramai (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker