B40 makin tertekan, jurang pendapatan melebar antara kaum



Sistem demokrasi telah dilaksanakan lebih daripada 60 tahun di negara ini dan masyarakat sudah menerimanya sebagai sistem yang terbaik.

Walaupun diketahui umum bahawa sistem itu membawa konsep dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat, realitinya tidak sebegitu.

Ini kerana, walaupun rakyat diberikan ‘kebebasan’ untuk memilih pemimpin setiap lima tahun tetapi keadaan mereka sepertinya masih tidak berubah.

Bahkan jika dilihat dari segi ekonomi, keadaan rakyat semakin menuju jurang kefakiran, sebaliknya yang terus mengaut keuntungan adalah golongan taikun dan jutawan.

Justeru, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya membangkitkan persoalan sama ada benar dakwaan bahawa desakan rakyat sama ada dari badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan boleh menentukan dasar kerajaan.




“Adakah ini benar atau hanya sekadar retorik politik untuk mengaburi mata rakyat? Jika benar begitu maka kenapakah nasib rakyat tidak berubah?

“Kenapakah golongan B40 semakin tertekan? Mengapa jurang pendapatan semakin melebar antara kaum? Kenapa perpaduan kaum masih menjadi dogma yang tidak selesai sehingga hari ini? Mengapakah projek-projek mega masih dikaut oleh kroni?

“Walaupun agensi-agensi kawalan telah banyak ditubuhkan tetapi kenapa rasuah masih berleluasa?,” soalnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan negara bukan lagi mengamalkan demokrasi tetapi plutokrasi.

Jelasnya, ia membawa maksud polisi dan dasar kerajaan ditentukan bukan dengan melihat nasib rakyat tetapi oleh golongan taikun dan jutawan.




“Merekalah yang memainkan peranan di belakang tabir menarik hidung para politikus yang bergantung harap kepada ‘funding’ dari mereka.

“Setiap kali PRU diadakan, kita akan mendengar berbilion duit dihabiskan untuk berkempen, mengumpan petugas dan pengundi,” dakwanya.

B40 makin tertekan, jurang pendapatan melebar antara kaum


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Leave a Reply

Your email address will not be published.