Najib bawa sumbangan forum WCEF ke Taman Sri Muda

Najib bawa sumbangan forum WCEF ke Taman Sri Muda

Pagi tadi saya bersama para pelabur dalam World Chinese Economic Forum.

Saya berharap ekonomi Malaysia akan terus diperkukuhkan dan kembali ke landasan pembangunan.

Selesai sahaja majlis, saya aturkan sedikit bantuan yang disumbang di forum tersebut untuk dibawa kepada mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Saya lihat anggota keselamatan, perkhidmatan awam dan sukarelawan banyak membantu di sini dan amat dihargai semua.

Rakyat menghadapi kesusahan.

Ramai kini kerugian besar dan banyak mengalami kerosakan seperti barangan elektrik, elektronik, kereta, buku, makanan, barangan harian dan peribadi.

Bagaimana mangsa-mangsa banjir nak melalui dugaan ini?

Bagi saya, kita perlu meletakkan diri kita dalam keadaan mangsa-mangsa banjir dan memahami sudut pandangan mereka.

Kita perlu faham. Kita perlu sedar. Kita perlu dengar dan lihat.

Saya perhatikan proses pembersihan amat diperlukan dan perlu disegerakan di sini untuk elak kemungkinan wabak tercetus.

Harap pihak berkuasa tempatan dan kerajaan pusat akan memberi lebih tumpuan untuk segerakan proses pembersihan dan pemulihan.

Selain itu, sistem wayar elektrik setiap rumah yang ditenggelamkan air banjir wajar diperiksa. Mungkin TNB boleh membantu dari aspek ini?

Bantulah rakyat sebaik-baiknya.

NAJIB RAZAK

Najib bawa sumbangan forum WCEF ke Taman Sri Muda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker