Bekas isteri pelakon lapor polis dakwa anak dibawa lari

Bekas isteri pelakon lapor polis dakwa anak dibawa lari

Bekas isteri pelakon popular membuat laporan polis mendakwa rumahnya dipecah masuk dan dua anaknya dilarikan bekas suaminya dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.



Wanita itu menerusi Facebook mendakwa, selain pintu rumahnya ada kesan dipecah masuk, semua pakaian anak-anaknya serta buku sekolah tiada.

Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata, dia tiba-tiba ternampak benda yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.

“Saya dah tak sedap hati. Saya periksa pintu rumah ada kesan umpil, cubaan pecah rumah. Saya periksa semua barang-barang anak dah tiada. Kad pengenalan anak-anak hilang, telefon bimbit mereka pun hilang,” katanya.

Wanita itu memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.



“Selama ini saya yang jaga, bagi makan, tempat tinggal anak dan yang sekolahkan mereka…. Sejak kami bercerai tahun 2010 sampai sekarang, saya tak sihat dan tak boleh nak kerja lebih-lebih.

“Disebabkan itu saya terpaksa minta bantuan persekolahan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Semua MAIWP yang tanggung persekolahan anak saya sejak dua tahun ini,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor pada tarikh yang sama. HM

Bekas isteri pelakon lapor polis dakwa anak dibawa lari


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker