Suami Luah Rasa Sebak & Syukur Dikurniakan 2 Isteri Hebat

Suami Luah Rasa Sebak & Syukur Dikurniakan 2 Isteri Hebat

Dalam kehidupan berumah tangga, kita perlulah saling melengkapi dan menyayangi antara satu sama lain. Meskipun permulaan hidup agak sedikit sukar namun keberkatan dan sentiasa bersyukur merupakan kunci utama dalam mewujudkan keluarga harmoni.

Begitulah perkongsian seorang suami bernama Ariff Budiman Zainal Abidin yang menyifatkan perkahwinannya bersama isteri tercinta merupakan suatu perkara indah dan rezeki sentiasa bertambah. Ikuti perkongsian sebak di bawah..

SUAMI LUAH RASA SEBAK & SYUKUR DIKURNIAKAN 2 ISTERI HEBAT

Menurutnya, pada tahan 1984 beliau mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan keluarga dan pada ketika itu gajinya hanya sebanyak RM140 sebulan. Perkahwinan yang dibina ternyata membuka pintu rezeki dan Ariff dinaikkan pangkat serta gaji. Hal ini sekali gus membuatkan beliau berniat mahu membawa isteri tercinta berjalan-jalan.

Tahun 1984 saya mula bertugas di LLN dengan gaji pokok sebanyak RM140 sebulan. Tahun 1986 saya berkahwin dengan hasil pilihan emak. Isteri menerima saya walaupun dia tahu gaji saya serendah itu. Syukur bila dah berkahwin, Allah bukakan pintu rezeki kami.

Saya dinaikkan pangkat dan gaji. Bila di kurniakan anak pertama, gaji saya terus melonjak. Saya mula memasang impian akan membawa isteri berjalan2. Dia tidak jemu-jemu masak untuk saya membawa bekal. Katanya jimat. Ketika berbual, saya berkata bila pencen kami akan pusing Malaysia. Saya nak bawa dia jalan-jalan. Isteri hanya tersenyum 

Namun, yang terindah hanyalah sementara. Pada tahun 2008 isteri beliau dijemput Illahi dan hanya mampu menjadi isteri kepada pekerja TNB selama 23 tahun. Walau bagaimanapun, kehidupan harus diteruskan, pada tahun 2009, Ariff disatukan dengan isteri baharu dan setiap malam isterinya juga akan bertanya bekal makanan apa yang mahu dibawa oleh suaminya untuk ke kerja.

Ternyata kita hanya mampu merancang namun Allah sebaik2 perancang. Tahun 2008 isteri di jemput Allah hasil dengki kianat manusia. Dia hany mampu menjadi isteri kepada pekerja TNB selama 23 tahun. Tahun 2009 saya telah disatukan dengan isteri sekarang.

HARI TERAKHIR BERKHDMAT SETELAH 35 TAHUN

Jelasnya juga, setelah hampir 35 tahun berkhidmat di syarikat itu, hari ini merupakan hari terakhir beliau berkerja di TNB. Bekalan makanan terakhir dimasak oleh isteri tercinta ialah bihun goreng dan dihidangkan bersama sosej.

Dia pula menyambung tugas membekalkan masakannya untuk saya bawa ke tempat kerja. Setiap malam isteri akan bertanya esok nak bawa bekal apa. Setelah bersama saya sebagai isteri TNB selama 12, akhirnya hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai pekerja TNB. Sambil hulur bekal bihun goreng dan hotdoq isteri berkata. 

“Hari ni bekal terakhir abang sebagai pekerja TNB.”

Walaupun saya senyum tapi jauh di sudut hati terlalu banyak dugaan sepanjang bertugas di TNB. Sedih, gembira, mistik. Semua tu menjadi kenangan.

Buat arwah isteriku Siti Aishah moga syurgalah tempatmu. Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia untukku walaupun hanya sementara. Dia telah membahagiakan saya.

Buat isteriku yang kedua Rosnah. Terima kasih kerana sudi menerima dan meneruskan tugas sebagai isteri dengan baik. Syurga memang selayak-layaknya untuk kalian berdua.-SL

Sumber: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

Suami Luah Rasa Sebak & Syukur Dikurniakan 2 Isteri Hebat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker