Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi, Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi, Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan, majoriti kes import COVID-19 varian Omicron adalah dari Arab Saudi.

Menurut Menterinya, Khairy Jamluddin, 30 daripada 49 kes baharu yang dilaporkan ini adalah dalam kalangan mereka yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah.



“Daripada kes Omicron yang dilaporkan pada 23 hingga 24 Disember sebanyak 49 kes baharu ini, 30 datangnya dari Arab Saudi iaitu mereka yang baru pulang daripada mengerjakan umrah.

“Kita dapati sebahagian besar tidak patuh kepada pengasingan dengan ahli keluarga, mereka bergaul dan menerima kedatangan tetamu serta jiran tetangga. Mungkin ingin mengambil berkat, tapi terambil Omicron,” katanya di sidang media pada Sabtu.

Beliau mengharapkan kepada semua individu yang pulang dari luar negara agar terus patuh kepada SOP untuk terutamanya kepada kemudahan kuarantin di rumah.

“Bagi mereka yang pulang dari Arab Saudi, pada minggu hadapan tertakluk kepada pelaksanaan nanti kita akan minta mereka pakai peranti ‘digital tracker’ untuk kita pastikan mereka patuh duduk di rumah.

“Nasihat kedua yang malangnya tidak dapat kita kenakan penguatkuasaan adalah tolong jangan keluar daripada bilik, bergaul dengan ahli keluar dan terima kunjungan sampailah habis kuarantin,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kes import lain turut melibatkan beberapa negara iaitu lima kes daripada United Kingdom, empat kes dari Qatar serta Nigeria.



Manakala kes import dari Turki, Itali dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing dengan satu kes import varian Omicron.

Semua daripada kes ini adalah daripada kategori satu dan dua serta tiada gejala teruk.-AA

Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi, Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker