Bantuan Food Bank bukan bantuan rasmi kerajaan – KPDNHEP
Bantuan Food Bank bukan bantuan rasmi kerajaan – KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan bantuan Food Bank Malaysia bukan program bantuan makanan rasmi kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, Food Bank Malaysia adalah program kesukarelawan kendalian KPDNHEP berkonsepkan saluran bantuan melalui pengumpulan makanan dan barang keperluan daripada penyumbang seperti pasar raya, pengilang, pengusaha makanan serta syarikat korporat, yang tidak membabitkan peruntukan kerajaan.
Kenyataan ini menyusul video seminit lapan saat tular di media sosial yang mempersoalkan kuantiti makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, membabitkan dua pek biskut, tiga pek mi segera, gula dan beberapa barangan lain.
KPDNHEP berkata, dakwaan dalam video itu tidak benar dan hanya bertujuan memberikan gambaran negatif kepada kementerian itu serta kerajaan.
“KPDNHEP ingin menjelaskan kotak disediakan itu adalah pek individu yang dihasratkan untuk kegunaan segera individu dilanda musibah dan golongan perlu dibantu.
“Barangan disumbangkan dalam kotak terdiri daripada makanan kering dan keperluan diri. Barangan lain turut disediakan di luar kotak seperti beras, gula, tepung, lampin pakai buang bayi dan orang dewasa serta tuala wanita.
“Bagi kegunaan isu rumah, KPDNHEP juga ada dan akan mengedarkan sumbangan seperti beras, tepung, minyak masak dan lain-lain makanan kering. Ia biasanya diberikan kepada mangsa banjir selepas pulang ke rumah masing-masing,” katanya menurut laporan Berita Harian.
KPDNHEP berkata, barangan yang disumbang kepada Food Bank Malaysia diselaras kementerian itu serta dikumpul dan dibungkus sukarelawan di pusat pengagihan dan pengumpulan (DC) yang kemudian diagihkan kepada mangsa banjir melalui kerjasama beberapa pihak di bawah agensi kerajaan dan Rakan Strategik Utama Program Food Bank Malaysia.
“KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia telah mengagihkan bakul makanan dan keperluan diri kepada 3,230 ketua isi rumah terjejas bencana banjir mulai Ahad lalu hingga hari ini.
“Bagi menjayakan inisiatif program ini, KPDNHEP mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk menyumbang bagi Program Food Bank Malaysia,” katanya. FMT
Bantuan Food Bank bukan bantuan rasmi kerajaan – KPDNHEP
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’